Saturday 31 December 2011

~keNangan kamu 2010 & 2011 ~

Tahun 2011 sudah pun melabuhkan tirainya, tapi bilakah hatiku ini akan menamatkan deritanya kerana mencintai seseorang yang tidak tahu menghargai cinta??? Berbaloilah wahai hati??? Sanggupkah kamu terus menangisi untuk seorang lelaki yang tak pernah menghargai diri mu??? Membiarkan dirimu terus menjadi hamba cinta, yang hanya mampu terus menderita dengan menunggu seorang jejaka yang hanya mengejar impian hidupnya???

2009
Pada pertemuan kita yang pertama kalinya, satu perasaan yang sungguh aneh muncul di hati ini, ku perasan yang jantungku mula berdegup kencang, dan mataku tak boleh nak memandang terus ke arah matamu, kerana aku merasakan sesuatu yang aneh…..diriku terasa seperti terhimpit dan sesak nafas….diriku tertanya-tanya apakah perasaan itu?

Tiap-tiap kali menemui dirimu, diriku merasakan perasaan yang sama dan diriku merasakan ingin selalu menemui kamu….jika tidak dapat menemui kamu, diriku berasa gelisah~ aku masih ingat lagi, pada kali itu, kamu tidak turun daripada asrama dan aku berasa gelisah, kenapa kamu tidak datang, sedangkan aku sedang menunggumu di sana…tapi akhirnya kamu datang juga…gembiranya aku pada masa itu….

Aku masih ingat lagi, ada sekali itu, aku cuba mendapatkan number telefonmu, tapi kawan-kawanmu mengatakan, kamu sering menukar number telefon…maka tak dapatlah diriku memiliki numbermu…. Tapi tak apalah, asalkan aku masih mampu menemui kamu ketika itu…..

Aku masih ingat lagi satu kali itu, kamu mengajak kami semua jalan-jalan di pasar, tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan…kami terpaksa berundur dahulu….tiba-tiba sahaja hati saya merasa hampa ketika itu, kerana tidak dapat meluangkan lebih banyak masa bersama kamu….

Aku masih ingat lagi, pada kali itu, kita duduk semeja dan berbincang tentang afelion dan perihelion…kita masing2 menegaskan pendapat masing-masing tetapi sebenarnya, benda yang kita bincangkan adalah sama sahaja…tapi kamu kelihatan comel  betul….

Aku masih ingat lagi, di dewan yang sama, kamu beria-ria untuk bergambar dan kamu berpakaian lengkap hari itu…maka pergilah kamu untuk bergambar…sebenarnya bila tiap2 kali bergambar, aku ingin sekali bergambar dengan kamu tetapi….tiada keberanian untuk mengajak kerana perasaan aneh itu membuatkanku merasakan satu debaran dan degupan yang kencang………

Semuanya hanya tinggalkan kenangan apabila tirai 2009 dilabuhkan dengan kamu berada dalam setiap kenanganku….

2010
result stpm telah keluar, dan aku masih teringatkan kamu lagi....mesti kamu hebatkan, walaupun aku sudah mencuba sedaya upayaku supaya aku tidak kelihatan begitu teruk di sampingmu...tp aku pasti tidak mampu menandingimu...kerana aku tahu kamu amat hebat sekali...

setelah lama tidak punya khabar tentangmu, aku tercari-cari kamu di dalam laman fb..tetapi kerana aku tidak tahu nama penuh kamu dengan ejaan yang betul dan nama samaran mu dalam fb,....aku tidak menemukan kamu....

ketika di ujian medsi dan munsyi, aku bertemu dengan teman sekolahmu...tanpa segan silu, aku terus bertanya tentang dirimu...akhirnya aku mendapat khabar berita tentang dirimu... : )

Tidakku sangka, sekali lagi aku akn bertemu dengan temanmu itu, ketika temuduga medsi...dan aku mendapat tahu yang kamu juga memilih kerjaya guru sebagai profesion kamu..dan aku mendengar kamu meminta untuk menjadi guru sejarah dan ketika interview, kamu mampu berbicara petah tentag sejarah islam dan kamu yakin bahawa kamu pasti akan terpilih dan layak untuk mendapat tempat di universiti pilihanmu....

ku sangkakan kamu memilih universiti seperti diriku...maka aku dengan yakinnya menolak tawaran universiti apex kerana aku mengharapkan aku mampu berada dalam profesion yang sama dengan kamu dan boleh belajar di universiti yang sama dengan kamu...maka bolehlah aku mengenali dirimu dengan lebih mendalam lagi........

tapi tiada siapa sangka yang kamu dan aku berlainan universiti tetapi kita sama-sama dalam bidang pendidikan...mungkin itu yang terbaik buat kita...aku sangka tamatlah segala-gala, tetapi rupa2nya ia hanyalah permulaan buat kisah kita...

tidakku sangka, ada pula seorang sahabatmu yang tersesat di sini dan menjadi insan yang menghubungkan kembali rinduku padamu...aku mendapat number kamu daripada dia, aku mendapat tahu fbmu daripada dia...aku mendapat tahu segala-galanya tentang kamu daripada dia.......

apabila kita chat, massage....aku terasa happy sangat-sangat, kerana orangnya adalah kamu, aku tahu kamu jenis friendly, dan ku tahu layanan kamu tidak lebih daripada seorang kawan....tetapi, perasaan gembira itu tetap tak dapat aku sorokkan... 

akhirnya, aku membuat keputusan untuk memberitahu kamu segala-galanya yang ku rasakan, tetapi ku rahsiakan tentang sejak bila aku mula jatuh cinta kepadamu....kerana aku khuatir kamu mengatakan aku nih sudah gila cinta...

tapi aku sudah mengagaknya yang cinta ini pasti tidak berbalas, kerana aku sedar, siapalah aku, hanya seorang gadis yang tidak berupa, ilmu pun tidak banyak, datang dari keluarga yang miskin...siapalah diri ini untuk memiliki cintamu...

Aku ingat ketika hari kelahiranku, kamu langsung tak ingat tentangnya....dan ak sedih kerana semua ucapan telahku terima tetapi bukan daripada kamu....ketika itu, aku nekad untuk melupakan kamu tetapi hakikatnya aku sedang cuba mengubah diriku untuk dirimu...

dalam diam aku masih menyintaimu....walaupun tirai 2010 sudah dilabuhkan, dan kamu sudah menolak cintaku...aku tetap menyayangimu...


No comments:

Post a Comment