Saturday 31 December 2011

~keNangan kamu 2010 & 2011 ~

Tahun 2011 sudah pun melabuhkan tirainya, tapi bilakah hatiku ini akan menamatkan deritanya kerana mencintai seseorang yang tidak tahu menghargai cinta??? Berbaloilah wahai hati??? Sanggupkah kamu terus menangisi untuk seorang lelaki yang tak pernah menghargai diri mu??? Membiarkan dirimu terus menjadi hamba cinta, yang hanya mampu terus menderita dengan menunggu seorang jejaka yang hanya mengejar impian hidupnya???

2009
Pada pertemuan kita yang pertama kalinya, satu perasaan yang sungguh aneh muncul di hati ini, ku perasan yang jantungku mula berdegup kencang, dan mataku tak boleh nak memandang terus ke arah matamu, kerana aku merasakan sesuatu yang aneh…..diriku terasa seperti terhimpit dan sesak nafas….diriku tertanya-tanya apakah perasaan itu?

Tiap-tiap kali menemui dirimu, diriku merasakan perasaan yang sama dan diriku merasakan ingin selalu menemui kamu….jika tidak dapat menemui kamu, diriku berasa gelisah~ aku masih ingat lagi, pada kali itu, kamu tidak turun daripada asrama dan aku berasa gelisah, kenapa kamu tidak datang, sedangkan aku sedang menunggumu di sana…tapi akhirnya kamu datang juga…gembiranya aku pada masa itu….

Aku masih ingat lagi, ada sekali itu, aku cuba mendapatkan number telefonmu, tapi kawan-kawanmu mengatakan, kamu sering menukar number telefon…maka tak dapatlah diriku memiliki numbermu…. Tapi tak apalah, asalkan aku masih mampu menemui kamu ketika itu…..

Aku masih ingat lagi satu kali itu, kamu mengajak kami semua jalan-jalan di pasar, tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan…kami terpaksa berundur dahulu….tiba-tiba sahaja hati saya merasa hampa ketika itu, kerana tidak dapat meluangkan lebih banyak masa bersama kamu….

Aku masih ingat lagi, pada kali itu, kita duduk semeja dan berbincang tentang afelion dan perihelion…kita masing2 menegaskan pendapat masing-masing tetapi sebenarnya, benda yang kita bincangkan adalah sama sahaja…tapi kamu kelihatan comel  betul….

Aku masih ingat lagi, di dewan yang sama, kamu beria-ria untuk bergambar dan kamu berpakaian lengkap hari itu…maka pergilah kamu untuk bergambar…sebenarnya bila tiap2 kali bergambar, aku ingin sekali bergambar dengan kamu tetapi….tiada keberanian untuk mengajak kerana perasaan aneh itu membuatkanku merasakan satu debaran dan degupan yang kencang………

Semuanya hanya tinggalkan kenangan apabila tirai 2009 dilabuhkan dengan kamu berada dalam setiap kenanganku….

2010
result stpm telah keluar, dan aku masih teringatkan kamu lagi....mesti kamu hebatkan, walaupun aku sudah mencuba sedaya upayaku supaya aku tidak kelihatan begitu teruk di sampingmu...tp aku pasti tidak mampu menandingimu...kerana aku tahu kamu amat hebat sekali...

setelah lama tidak punya khabar tentangmu, aku tercari-cari kamu di dalam laman fb..tetapi kerana aku tidak tahu nama penuh kamu dengan ejaan yang betul dan nama samaran mu dalam fb,....aku tidak menemukan kamu....

ketika di ujian medsi dan munsyi, aku bertemu dengan teman sekolahmu...tanpa segan silu, aku terus bertanya tentang dirimu...akhirnya aku mendapat khabar berita tentang dirimu... : )

Tidakku sangka, sekali lagi aku akn bertemu dengan temanmu itu, ketika temuduga medsi...dan aku mendapat tahu yang kamu juga memilih kerjaya guru sebagai profesion kamu..dan aku mendengar kamu meminta untuk menjadi guru sejarah dan ketika interview, kamu mampu berbicara petah tentag sejarah islam dan kamu yakin bahawa kamu pasti akan terpilih dan layak untuk mendapat tempat di universiti pilihanmu....

ku sangkakan kamu memilih universiti seperti diriku...maka aku dengan yakinnya menolak tawaran universiti apex kerana aku mengharapkan aku mampu berada dalam profesion yang sama dengan kamu dan boleh belajar di universiti yang sama dengan kamu...maka bolehlah aku mengenali dirimu dengan lebih mendalam lagi........

tapi tiada siapa sangka yang kamu dan aku berlainan universiti tetapi kita sama-sama dalam bidang pendidikan...mungkin itu yang terbaik buat kita...aku sangka tamatlah segala-gala, tetapi rupa2nya ia hanyalah permulaan buat kisah kita...

tidakku sangka, ada pula seorang sahabatmu yang tersesat di sini dan menjadi insan yang menghubungkan kembali rinduku padamu...aku mendapat number kamu daripada dia, aku mendapat tahu fbmu daripada dia...aku mendapat tahu segala-galanya tentang kamu daripada dia.......

apabila kita chat, massage....aku terasa happy sangat-sangat, kerana orangnya adalah kamu, aku tahu kamu jenis friendly, dan ku tahu layanan kamu tidak lebih daripada seorang kawan....tetapi, perasaan gembira itu tetap tak dapat aku sorokkan... 

akhirnya, aku membuat keputusan untuk memberitahu kamu segala-galanya yang ku rasakan, tetapi ku rahsiakan tentang sejak bila aku mula jatuh cinta kepadamu....kerana aku khuatir kamu mengatakan aku nih sudah gila cinta...

tapi aku sudah mengagaknya yang cinta ini pasti tidak berbalas, kerana aku sedar, siapalah aku, hanya seorang gadis yang tidak berupa, ilmu pun tidak banyak, datang dari keluarga yang miskin...siapalah diri ini untuk memiliki cintamu...

Aku ingat ketika hari kelahiranku, kamu langsung tak ingat tentangnya....dan ak sedih kerana semua ucapan telahku terima tetapi bukan daripada kamu....ketika itu, aku nekad untuk melupakan kamu tetapi hakikatnya aku sedang cuba mengubah diriku untuk dirimu...

dalam diam aku masih menyintaimu....walaupun tirai 2010 sudah dilabuhkan, dan kamu sudah menolak cintaku...aku tetap menyayangimu...


Thursday 29 December 2011

~waLaupun pahit...aku terima haKikat ini~

Belajarlah untuk kehilangan dia , andai dia bukan jodoh kamu
Belajarlah untuk tabah , andai dia pergi dari hidup kamu
Belajarlah untuk melepaskan tangan , andai dia meninggalkan kamu
Belajarlah untuk menerima hakikat , andai dia bukan milik kamu

Belajarlah untuk berhenti mencintai dia , andai cinta dia bukan untuk kamuBelajarlah untuk melupa , andai dia sudah tidak bersama kamu

Tuesday 13 December 2011

Setiap kali saya merinduinya, saya hanya mampu membelek kembali mesej2 yang pernah dia hantar, chat2 yang pernah meninggalkan seribu kenangan pahit dan manisku bersamanya....sambil ku lihat, sambil ku baca, air mata yang datang menemani mata ini....

Ada kata-kata yang menghiburkan hati, tp ada jugak kata-kata yang melukakan hati ini, bergelinangan air mata membasahi pipi ini, mengenangkan kamu yang aku sayangi tp sayangnya, sayangku padamu x dihargai dirimu... Apa nak buat kalau org dh xsudi, kita xboleh memaksanya....

Monday 12 December 2011

~ i sTiLL waiTing for MiracLe~

12/12/11 bermaksud, sudah 3 minggu lebih kita x berhubung...rindunya kat kamu...tapi saya hanya mampu memendamkan rasa rindu itu dalam hati sy, dan kadang2 ditemani linangan air mata...sesungguhnya ia amat menyeksakan apabila rasa rindu hanya mampu dipendamkan dalam hati jer...

kalau boleh, sy nk jer msg kamu dan tyn khabar kamu...adakah kamu dlm keadaan yg baik??? awk ok ke x skrg?? huhu...tp sy xmampu nk lakukan semua tu, krn sy bukanlah siapa2 dlm hidupmu...sy hanya satu insan yg xpenting dlam hidup kamu dan siapalah diri sy untuk bertanya khabar ttg dirimu...tetapi diri kamu pula merupaka  insan yang paling penting dalam hidup saya....bila saya rindu awk, saya hanya mampu mengadu dlm blog nih, sbb saya xde keberanian lagi untuk menaruh harapan pada dirimu, sy takut sy akan berduka lagi...sememangnya, saya amat menyayangi kamu....



I just want to tell u that, u r my first love and i really love u....i never play with love that y i choose to be single and waiting for u...but i hope that i wont wait for u for the rest of my life, because i hope, u will come and grab my hand,then u will tell me...u no need to waiting anymore, here i come for u..to give happiness... i will make u bring happiness in your life my dear....em..how sweet if this happen in my life......If this was a dream..i will pray for this dream to come true...huhu

Sunday 11 December 2011

~mEmorY boUt U~


saya harap yang awak akan selalu layan saya camnih...memang happy betul2 tgk post awk camtu, terasa terharu sangat~sbb awk yg post, kalau org lain yg post, ia xbermakna langsung buat saya....tp itulah kali pertama dan kali terakhir awk post kan... :'(
awk tau x, kaau time sy rasa sedih dan rindu kat awk...sy akan selalu pergi tengok balik post2 yg awak pernah post kat sy, wlpn dlm fb awk tu dh ada byk sgt2 post, tp sy sanggup mencarinya, sbb post2 camnih mmg memberikan seribu kenangan manis buat diri saya....
 Malam tu kita chat smp lewat malam, awk kata awk ngatuk tp awk still temankan saya smp kul 4 pagi, awk siap kata nk kira bintang sama2 ngan saya...awk kata malam tu, ada 12 bintang kat langit, tp sy kata tu tarikh kelahiran awk...awk pun kata, yekew..emm, boleh plak awk kata camtu kan....saya srh awk tdo, tp awk kata xmenagapa, awk kata kalau dh ciap kira bintang, msg jerlah awk, tp sy kata hp sy rosak...dan awk kata, xpe, sy tmn awk malam nih...xsangka saya yg awk boleh ckp camtu...sweet betul awk malam tu, sy ingat lagi time tu, awk pesan kat sy, jgn tdo lewat2 tau, nnt awk sakit...caringnya awk time tu...em, sy betul2 berharap yg kita boleh begitu selama-lamanya dan berkekalan...tp sy sedar semua tu hanya angan2..tp pepe pun sy nk awk tau yg saya sayang awk sgt2, dan akan sentiasa mengingati saat2 ini...even skrg kita dh cam xde pepe, tp sy still menunggu awk..
maafkan saya kalau saya pernah menyakiti awk dan membuatkan awak tertekan, sebenarnya saya xde niat langsung nk buat awk sedih, dalam hati saya, cuma nk tgk awk gembira selalu jer...even skrg kita dh camnih, sy still akan doakan awk sentiasa sihat, diberkati, bahagia dan berjaya dalam idup awk...Love u forever my dear...

Friday 9 December 2011

~FeeLing~

Apa nk jadi nih????? Saya nih ego ke???  Padahal dalam hati nk sgt3 tegur dia, time dia on9...tp xtau knp tangan nih xdpt nk menaip????? haiz.....apa yg patut sy buat, kata dh xnak berharap, padahal dlm hati tu xpernah pun cuba melupakannya, pergi mana2 pun ada jer bayangannya...bila sebut jer pasal dia, air mata pun mudah jer nk ngalir...

Semalam, dia on9, tunggu jer nk tgk dia antar chat ke x???? tp xde jugak dia antar chat....badan dh letih, nk deman lagi...tp demi dia, tunggu jer kat dpn laptop, even kena cari line wifi smp ke luar pintu umah...tp, last2 dia x antar chat pun...haiz...dia masih marah ke? atau dia betul2 dh lupakan ttg sy? mcm2 persoalan yg bermain kat kepala saya..semuanya ttg dia....mcm mn nih???

Adakah saya akan terus berharap camnih sampai bila-bila???? sy pun xpasti, tp apa yg sy pasti, xkisahlah apa yg dia dh buat kata sy, sayang saya kat dia tetap xpernah berubah dan sy akan terus menyayangi dia...kepada si dia pula...kalau betul2 rasa syg kat sy, hargailah sy...supaya sy pun boleh merasakan kebahagiaan seperti org lain... LOve u~

Wednesday 7 December 2011

~ALasaN deMi aLasan~

Knp air mata ini masih lagi mengalirkan untuk sebab yang sama???? xcukup lagilah penderitaan yang ditanggung dulu? mengapa masih ingin mengulangi kesakitan dan penderitaan yang sama berkali-kali sedangkan penderitaan yang kamu alami itu sudah mencukupi....semua yg dia buat sudah mencukupi untuk kamu melupkan dirinya....

Bukalah matamu, bangkitlah dari angan2mu itu, jgn lagi dibuai mimpi indah yg tidak mungkin bertukar menjadi realiti...untuk memiliki cinta dia hanyalah satu realiti yg xmampu kamu miliki...jgnlah terus berharap, janganlah terus menyeksa dirimu untuk dirinya yang tidak pernah menghargai dirimu....Lupakan sahaja dirinya, padamkan segala memory mengenai dirinya...

cekalkanlah hatimu utk melupakannya buat selama-lamanya, belajarlah menerima org lain yg menyayangi kamu...anggap sajalah dia hyn suatu pengalaman yg indah yg xakn kembali menjadi realiti di masa hadapanmu...biarkan jerlah semua ini berakhir...lapangkanlah hatimu, usirkanlah dirinya daripada sudut hatimu, agar ada org lain yg mampu mengisinya....

Semua alasan telah aku senaraikan agar aku mampu melupaknnya...tp mampukah aku melupakannya buat selama-lamanya???? It too hard to forget him because i love him so much...

Tuesday 6 December 2011

~Mimpi......

semalam aku bermimpi tentang dia...indahnya mimpi itu, bagaikan meronta-ronta kegirangan diri ini dalam alam mimpi tersebut...dalam mimpi itu, aku dapat merasakan hangat tangan dia memegang tanganku, pandangan matanya yg betul2 membuatkan diriku berasa bahagia....walaupun aku sedar itu hanya satu mimpi...tp perasaan dalam mimpi itu xkan mampu aku lupakan...kerana ia sungguh indah sekali dan ia bagaikan benar terjadi....thx God sebab membenarkan diri ini merasakan saat2 kebahagiaan walaupun hanya dalam mimpi....dan ia akn sentiasa menjadi kenangan indah dalam diri ini...

namun begitu, Mimpi yg sungguh indah tetap berakhir dengan air mata....knp pula tiba2 dalam mimpi itu, semua itu hanya satu penipuan??? mengapa org yg saya sayang menyanyangi sahabat baik saya sendiri???? sedangkan, sahabat saya itulah yg menjadi pendorong kepada diri sy agar meneruskan perhubungan ini........apakah makna di sebalik mimpi ini??? adakah ini satu petunjuk daripadaNYA, yg menyuruh diri ini agar berhenti berharap???

Kalau ini betul2 petanda daripadaNYA~ buktikanlah ia sekali lagi, agar diri ini mampu menerimanya dgn redha, dan pasrah...

Monday 5 December 2011

~CukuPlah...saYa dh xsaNggup lagi.... :'( ~

selepAs 17 hari kita bercakap telefon, xkan kamu dh xde pepe nk beritahu diriku??? hanya itukah penjelasan yg mampu kamu berikan kepada diriku???? xkan semuanya berakhir begitu sahaja...sedangkan aku telah hampir 4 tahun menunggumu...xkan xtergerak langsung hatimu utk memulihkan keadaan ini (T___T) ??? xkan diriku x membawa sebarang makna dalam hatimu???

PLA....Saya sayang kamu seikhlas hatiku...dan tidak pernah pun terdetik di hatiku ini utk melukakan hatimu, kemunculan diriku hyn utk sama2 berkomgsi suka dan duka hidupmu ...aku tidak diminta utk dijaga ibarat tuan puteri, cuma cukuplah bagi diriku merasai dihargaimu....aku tdk minta kamu umunkan yg aku tmn istimewamu...tp cukuplah kamu tidak malu utk mengaku siapa diriku jika terserempak dgn rakan2mu....Aku berharap, satu hari nanti kamu akan sedar akan kehadiran diriku ini mampu mengembirakan dirimu.. Love U..




Friday 2 December 2011

~kUatkanlah Hati INi~

sedihnya~ nak buat camne utk gembirakan kembali diriku ini...knp aku merasakan senyumanku semakin palsu...bilakah aku nk ikhlaskan kembali senyuman diriku ini???? kenapalah aku jd camnih??? bukalah pintu hatiku ini dengan riak2 kegirangan lagi...jgnlah pendamkanya dgn kedukaan yg tidak mampu lagi ditanggungnya....

Hati ini betul2 dh terluka, bolehkah ia bertahan lagi???? Hati ini masih tertanya-tanya tentang keadaan yg sedang berlaku ini adalah suatu "salah faham" atau "satu kenyataan"????

Kalau ianya salah faham: tolonglah leraikan salah faham ini, agar keadaan kembali normal...dam aku masih sanggup menunggunya lagi kerana xpernah terdetik pun dalam hatiku ini untuk melupakannya even mcm2 perbuatnnya yg membuatkan hati ini terluka....

Kalau ianya satu kenyataan: tolonglah buka mata dan hati ini utk terima kenyataan ini dengan penuh ketenangan dan mampu membuat pertimbangan yang wajar sebelum membuat sebarang perkara yang boleh melukakan hati ini lagi...lepaskan dia, redhkan jerlah hati ini, dan kirimkanlah doa kebahagiaan agar dia sentiasa bahagia dengan pilihan jalan hidupnya....

Kuatkanlah hati ini untuk menerima segala dugaan dan cabaran hidup yg mendatang ini....satu demi 1 kamu berikan dugaan kepada dirinya...mula2, konflik yg kamu bawakan, kemudian perpisahan yg meleraikan konflik itu, dan sekarang kamu hadirkan kembali sakit lama diri ini....segala dugaan ini membuatkan diri ini takut utk berfikir ttg masa depannya...krn diri ini tidak tahu bilakah akan dijemput kembali ke tmpt asal usulnya...
tp diri ini berjanji yg xkan membuatkan air mata kedua-dua org tuanya bergelinangan atas pemergiaanya...diri ini berjanji akan menjaga dirinya baik2 demi keluarganya yg tersayang...tp kepada TUHAN, tolonglah dgr luahan hati ini..tolonglah kurniarkan kesihatan yg baik kpd diri ini...agar dia terus mampu menghadapi dugaan yg kamu berikan kepada dirinya....kuatkanlah hatinya utk menerima dan mengahadapi dugaan ini...kerana diri ini hanya seorang gadis yg lemah seperti insan-insan lain..yg banyak rungutan dan sering diganggu emosi yg xmenentu....amitofo, qing ni bao you wo shuo qing ai de ren..ping ping an an...wo ai da men..xie xie ni lao tian ye...