Thursday 14 March 2013

thxQ

Hatiku hampir remuk ditindas kamu........AIr mata tetap mengalir wlpn janji berpanjangan yang aku dgr dari bibirmu...Adakah hatiku sebagai wanita yang kamu katakan sayang, hanya sekadar tempat kamu lepaskan segala perasaan???????????????????

Sunday 3 March 2013

wANitA

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

Sila LIKE PAGES kami untuk mendapatkan Info menarik: MawarCinta - www.mawarcinta.com

Saturday 26 January 2013

soal Hati...

Bukan semua perkara kita mampu luahkan dengan kata-kata, kadang-kadang mulut terkedu bila kita cuba lontarkan kata-kata...
Hati sebak hanya mampu mendiamkan diri, mulut terkedu untuk berbicara...segala rahsia hanya mampu dipendamkan...entah di mana ingin luahkan....
Mengharapkan suara hati ini mampu sampai ke telinganya mendengar luahan hati insan yg dicintai..
Cintaku tidak ingin memberikan kamu rungutan yg mebingitkan telinga, tetapi cukup sekadar senyum memahami...

Wednesday 23 January 2013

EmoSi


Kadang2, kita terasa yang jiwa kita kosong...
kadang2, kita terasa hidup ni membosankan....
 kadang2 kita rasa yang hati ini dilukai....
 kadang2 kita rasa diri ini disisihkan....


Itulah mainan perasaan kita yang betul2 membuatkan kita tekanan....
Tapi seandainya kita mampu ubah segala perspeksi tu...mungkin kita akan lebih bahagia...
Mungkin kita rasa jiwa kita kosong kerana kita yg tidak mengigini ianya dipenuhi.....
Mungkin kita rasa hidup ini memebosankan kerana kita tidak bersyukur dgn kegembiraan yg kita perolehi selama ini,
Mungkin kita rasa hati ini dilukai kerana kita benar2 sayang kat seseorang itu.....
Mungkin kita rasa diri kita disisihkan kerana kita yang tidak cuba mendekati org lain....


Kalau direnung-renungkan, hidup kita nih mmg unik...kerana mmg byk warna-warna kehidupan yang telah singgah ke dalam hidup kita ini...oleh itu, xperlulsh kita nk merungut sgt2...dan kita sepatutnya perlu terima shj apa yg seadanya, maka semuanya akan baik...


Dan hidup kita pasti diwarnai dengan riak2 keceriaan dan kegembiran yang kita xketahui.....
biar kita yg kawal emosi kita dan bukannya emosi yang kawal kita....


Confirm hidup kita akan dihadiri kegembiran, dan itulah makna sebenar kehidupan....
Betul x kawan2?


ALways be happy....especialy too my family, my friend n my self....

Cinta Diari


Angin membuai sepoi-sepoi dan diiringi dengan alunan irama ombak yang menepis pantai membuatkan aku selesa terduduk di beranda rumah. Sungguh nyaman udara di pagi hari tatkala sang suria terbit untuk menyinari bumi. Aku semakin selesa dibuai kediginan angin pagi, tetapi masih banyak kerja rumah yang belum aku siapkan. Aku harus siapkannya sebelum suami kesayangan pulang dari kerjanya. Nasi telah siap aku tanak, yang tinggal hanyalah kerja-kerja mengemas.
“ Dari mana ya saya nak mulakan….Em, baik saya mulakan dari ruang tamu, lepas tu… rasanya saya nak kemas kat bilik stor, dah lama saya tak kemas kat sana…mana tau boleh jual barang-barang yang dah tak guna lagi…”
Matahari pun sudah kian terik setelah aku siap mengemas di ruang tamu,. Selepas itu, aku pun meneruskan kerja-kerja mengemas di bilik stor.
“Huk..huk..huk… Berhabuknya stor nih, dah lama tak masuk mengemas kat sini…Macam manalah nak kemas bilik ni??? Eh…buku apa ni, macam pernah tengok jer…Ni kan diari saya masa zaman university dulu, bukan ke saya dah buang, kenapa masih ada kat sini? Em…mesti abang yang simpankan ni”
Aku menepis segala habuk di diari itu, dan jari-jemari aku mulai lincah membeleknya. Aku seakan-akan lupa akan tujuan aku datang ke bilik stor ini, fikiran aku semakin jauh melayang dan aku merasakan diri ini kembali ke dalam catatan diari aku ini. Dalam diari ini tercatat tentang kisah cinta aku dan ada kenangan manis serta pahit di dalamnya.
Aku ingat lagi yang aku pernah menyintai seorang jejaka yang bernama Haikal. Pada awal pertemuan lagi, Haikal sebenarnya telah mencuri hati aku ini, gelagatnya yang lucu itu telah mula mengetuk pintu hati aku, dan mungkin dia tidak sedar yang dirinya sudah semakin menguasai hati kecil ini. Perwatakan Haikal yang periang, ceria, bijak dan bercita-cita tinggi itu telah menjadi titik permulaan kepada aku untuk menaruh perasaan terhadapnya. Tanpa disedari perasaan yang aku pendam ini telah menjadikan aku jatuh cinta kepada Haikal. Aku sendiri tidak sangka yang perasaan cinta ini begitu aneh tetapi indah kerana aku yang sebelum ini belum pernah mengenal erti cinta  ini telah dilamun perasaan ini secaara tiba-tiba. Tapi memang betullah kata orang, “cinta itu datang tanpa diundang dan cinta juga pergi tanpa diketahui”.
Hampir dua tahun aku memendam kan rasa cinta aku kepada Haikal. Aku sendiri musykil dengan diri ini. Aku tertanya-tanya, kenapa aku boleh jatuh cinta dengan orang asing yang baru aku kenali dan perkenalan itu hanyalah untuk beberapa hari sahaja? Aku dan Haikal hanyalah berkenalan ketika satu program ceramah peringkat negeri dan kami tidak pernah pun bertegur sapa, cuma sekadar membalas senyuman. Ketika ceramah itu berlangsung, aku berada pada tingkatan enam atas dan aku merupakan wakil terpilih dari pihak sekolah untuk menyertai ceramah tersebut. Hati aku berdebar-debar pada saat-saat pertama kali aku memandang Haikal. Hati aku berdebar-debar bukanlah kerana dia tampan, dan bukanlah kerana dia anak orang berada, tetapi senyumannya dan perwatakannya yang sedang membantu seorang pelajar buta ketika itu, telah membuatkan aku tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat.
Namun, aku tidak mempunyai keberanian untuk mendekatinya. Aku hanya sekadar memerhati dari jauh setiap gerak-gerinya supaya aku dapat mengenali hati budinya. Ternyata dia sememangnya seorang yang bijak, kerana setiap kali disoal dalam sesi ceramah, dia mampu menjawabnya, malah dia kelihatan berkeyakinan serta pandai menyelit lawak untuk menarik perhatian pelajar lain untuk mendengar hujah jawapannya. Setelah berhari-hari aku memerhati tentang diri Haikal, aku merasakan yang hati ini semakin tertarik dengan perwatakannya ang begitu menepati ciri-ciri lelaki idaman aku. Aku tidak meminta untuk mendapatkan seorang lelaki kacak untuk dibangga-banggakan, aku tidak memilih lelaki yang hartawan untuk hidup dalam kemewahan, tetapi cukuplah sekadar seorang lelaki yang biasa, ikhlas menyayangi diri ini dan mampu menerima aku yang seadanya.
Pejam celik , pejam celik, semua sesi ceramah telah pun berakhir, tetapi aku tidak tahu cara untuk memulakan komunikasi antara aku dengan Haikal. Dia seolah-olah tidak perasan dengan kewujudan aku. Aku pula tidak berani untuk bercakap dengannya. Program telah tamat, aku dan Haikal tetap masih belum berkenalan, tetapi aku tetap menyimpan secebis perasaan untuk bertemu Haikal lagi selepas program ini. Aku yakin yang aku pasti dapat berjumpa dengannya semula. Aku terus memendamkan perasaan cinta terhadap Haikal di dalam hati ini. Sekiranya, sekali lagi aku menemuinya, aku pasti akan mendekatinya dan aku pasti dapat menawan hatinya.
Memang harapan senang untuk diletakkan, tetapi untuk merealisasikan memang begitu sukar sekali. Setelah program itu, aku tidak lagi menemui Haikal dan aku langsung tidak ada cara untuk menghubunginya. Sekarang aku sudah menerima tawaran untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Aku merasakan, adalah tipis peluang untuk menemui Haikal, kerana Haikal pasti dapat tawaran yang sama, dan di sana nanti mesti dia sudah menemui pilihan hatinya. Aku rasa, antara aku dan Haikal sudah sampai ke penghujungnya, dan aku harus membiarkan cinta yang belum berputik ini untuk terkubur sahaja. Mungkin aku dan Haikal tidak ada jodoh untuk bersama.
Pada hari pertama aku menjejakkan kaki di universiti, aku menemui pelbagai orang yang datang dari negeri yang berbeza, budaya serta lenggok percakapan turut berbeza. Aku pula jenis yang jarang keluar rumah, memang semua itu kelihatan asing buat aku. Tetapi dalam kesibukkan mengurus pendaftaran di universiti, aku seperti terlihat kelibat Haikal di koridor pejabat universiti. Aku ingin mengejar kelibat lelaki tersebut, tetapi pendaftaran aku masih belum selesai. Aku membiarkannya pergi sahaja, kerana aku sendiri tidak yakin yang kelibat tadi adalah Haikal atau sebaliknya. Tetapi setelah mendaftar di asrama, kepala aku masih memikirkan tentang kelibat yang aku lihat pagi tadi, dan gerak hati seperti begitu yakin yang orang itu adalah Haikal.
Pada malam tersebut, majlis suai kenal antara pelajar baru telah berlangsung. Ternyata gerak hati aku memang tepat sekali. Lelaki itu adalah Haikal dan hati aku bagaikan berbunga kembali dan inilah peluang untuk aku mendekatinya. Aku cuba mendaekati Haikal tapi bila setiap kali aku mencubanya, pasti aku berasa gemuruh kerana jantung aku berdegup kencang. Aku hanya mampu memerhati dari jauh dan terus memendam perasaan cinta di dalam hati ini. Haikal mengambil jurusan yang berbeza dengan aku dan kami tidak pernah pun sekelas. Apabila kami berjumpa, kami hanya saling berbalas senyuman. Aku masih menunggu peluang untuk mendekati Haikal.
Sekarang, dah hampir setahun aku di alam universiti tetapi aku belum lagi berjaya mendekati Haikal. Namun aku masih belum berputus harapan untuk melepaskan cinta ini untuk terkubur. Hubungan aku dengan junior aku semakin rapat dan aku rasa aku boleh meminta bantuan daripada Farhan untuk mendekatkan diri aku dengan Haikal. Aku mengetahui yang Farhan merupakan junior Haikal ketika zaman sekolah, jadi aku rasa ini bukan permintaan sukar untuk Farhan. Aku menceritakan segala-galanya kepada Farhan dan Farhan seperti mengerti segala-galanya. Dia sanggup membantu aku dan aku bersyukur kerana ada insan yang sanggup membantu aku. Farahan rela membantu aku, tetapi kadang-kadang aku musykil kerana dia kelihatan susah hati apabila dia membantu aku untuk mengajak Haikal keluar. Tetapi Farhan tidak pula menyatakan tentang perasaannya terhadap aku.
Lama-kelamaaan aku semakin rapat dengan Haikal kerana bantuan Farhan. Aku berterima kasih atas bantuan Farhan kerana mampu merapatkan aku dengan Haikal. Hasil galakkan dan hubungan aku dengan Haikal yang makin mesra membuatkan aku yakin dan berani untuk meluahkan perasaan cinta yang hampir dua tahun aku pendamkan.
“ Haikal, saya ada perkara nak beritahu awak…”. Kata Misha.
“ Ya…cakap jerlah Misha, macam tak biasa jelah…Hehehe”. Kata Haikal.
“ Haikal…sebenarnya, saya dah lama jatuh cinta kat awak. Sejak kita jumpa ketika ceramah lagi saya dah mula menaruh perasaan dekat awak.”. Kata Misha.
“Misha, awak ni pandai betul melawak…Hahaha…jangalah buat lawak, kita kan masih belajar, takkan dah nak bercinta….sekarang kita kena fokus belajar dulu la. Kamu boleh terima tak penjelasan saya?” Kata Haikal.
“ Saya serius nih Haikal…tetapi kalau itu penjelasan awak, saya terima…tetapi saya tetap akan tunggu awak.” Kata Misha.
“ Misha…saya harap awak faham, saya perlu tunaikan cita-cita saya dulu. Saya harap awak boleh tunggu saya sehingga kita habis belajar, dan baru kita bincang balik perkara ini kerana saya rasa masa itu baru sesuai untuk kita berbincang tentang hubungan cinta ya….” Kata Haikal.
“ Baiklah Haikal…Saya terima penjelasan awak, tetapi saya harap hubungan kita sekarang tidak akan terjejas.” Kata Misha.
“ Ok Misha…” Kata Haikal.
            Memang aku tidak sangka, cinta aku ditolak Haikal sewenang-wenangnya. Aku tidak sangka yang Haikal akan menolak cinta aku tetapi aku tetap cuba menerima hakikat ini, dan aku tahan daripada membiarkan linangan air mata dari membasahi pipi aku. Selepas itu, aku hanya mampu terus menunggu Haikal untuk memberi kata putus. Di saat-saat aku lemah dan pilu, Farhan kerap kali meghiburkan hati aku dan dia selalu membawa kegembiraan dalam hidup aku. Aku berasa gembira dengan kehadiran Farhan sebagai teman baik aku walaupun dia hanya junior aku. Sekarang aku sudah di tahun akhir, bermakna sudah tiga tahun penantian cinta aku kepada Haikal dan aku berharap tahun ini, aku mendapat kata putus dari Haikal. Akhirnya Haikal member kata putus.
“Misha, sekarang saya sudah bersedia untuk membincangkan tentang cinta, dan saya harap awak boleh jadi orang pertama yang membawa saya ke alam percintaan.” Kata Haikal.
“Betul ke ni Haikal…Terima Kasih Haikal kerana sudi menerima saya.” Kata Misha.
            Semuannya kelihatan lancar, dan aku sudah semakin rapat dengan Haikal. Tetapi dalam tempoh tersebut, kesihatan aku menjadi merosot. Aku juga tidak mengetahui punca kemerosotan kesihatan ini. Aku berharap yang ia hanya sakit biasa sahaja dan dapat pulih segera. Aku menjalani pemeriksaan di hospital dan apabila keputusan itu keluar. Aku hampir pitam mendengarnya.
“ Cik Misha, saya harap awak boleh bertenang dengan keputusan ujian ini. Pada pemeriksaan saya, saya mendapati awak menghidapi penyakit leukemia dan awak perlu segera menjalani pembedahan.” Kata doktor.
“ Apa??? Saya menghidap penyakit leukemia…Doktor, selain pembedahan memang tak ada cara lain lagikah untuk menyembuhkan penyakit saya ini???” Kata Misha.
“Maafkan saya Cik Misha, buat masa sekarang ini, hanya pembedahan yang mampu menyembuhkan penyakit awak. Sekarang, kita perlu mencari penderma sum-sum tulang yang sesuai untuk awak, jika tidak, nyawa Cik Misha mungkin hanya boleh hidup untuk 3 bulan sahaja lagi.” Kata doktor.
            Aku terkedu mendengar penjelasan doktor. Aku tidak sangka yang aku akan mewarisi penyakit keturunan ibu aku ini. Aku masih ingat lagi, ketika itu aku hanya berusia 5 tahun, ibu pergi meninggalkan aku dan ayah. Tidak lama kemudian, ayah pula pergi meninggalkan aku kerana ayah tidak dapat menerima pemergiaan emak. Aku hidup sebatang kara sejak kecil lagi. Sekarang, bila tiba sat-saat aku untuk membina kebahagiaan dengan orang yang aku cintai, aku menerima dugaan sebegini. Aku memang sukar untuk menerima hakikat ini. Tetapi tidak kira apa sekalipun yang berlaku, Haikal tidak boleh tahu semua ini. Aku harus merahsiakannya. Aku nekad untuk membuat Haikal benci aku dan aku kemudian lari menyepikan diri berseorangan di hospital. Aku merahsiakan tentang penyakit aku ini daripada semua orang, termasuklah Farhan yang begitu rapat dengan aku.
            Ketika itu, aku hanya meniti sisa-sisa hidup aku di hospital. Di hospital, aku telah berkawan rapat dengan seorang jururawat yang bernama Hani. Kami sering berborak dan berkongsi masalah sama-sama. Pada suatu hari, Hani datang datang ke bilik aku dan dia kelihatan riang.
“ Hani..muka awak asyik tersenyum jer hari ini, kenapa ni, ceritalah, berita apa yang buat awak gembira sangat tu?” Kata Misha.
“ Misha…awak ni tahu-tahu ajelah kan…Hehehe…sebenarnya, saya dah jumpa lelaki idaman saya dan kami semakin rapat sekarang ni. Walaupun baru dua minggu berkenalan, saya rasa serasi sangat dengan dia…” Kata Hani.
“Baguslah camtu, saya doakan awak bahagia dengan dia ya Hani”. Kata Misha.
“ Terima kasih Misha, tetapi tujuan saya datang hari ini bukannya nak bagitau tentang perkara ini, tetapi saya datang sebab pihak hospital dah jumpa penderma yang sesuai untuk awak dan awak boleh menjalani pembedahan pada bila-bila masa sahaja.” Kata Hani.
“ Yakew Hani…Maksudnya, saya boleh hidup lagi…Mana orangnya? Saya nak ucapkan terima kasih kat dia” Kata Misha.
“ Dia ada kat luar sana, kejap saya panggilkan ya”. Kata Hani.
            Ketika itu, hati aku berdebar-debar menantikan gerangan yang sanggup menanggung risiko untuk menyelamatkan aku. Mata aku tidak bergerdip memandang ke arah pintu. Berbagai-bagai ayat yang tersusun di kepala aku untuk mengucapkan terima kasih kepada si penderma itu. Tetapi aku terkejut apabila pintu itu terbuka, orang yang datang tidak lain dan tidak bukan, orangnya ialah Farhan.
“ Far…han...????” Kata Misha
“ Misha, saya tak nak dengar awak cakap pepe…sekarang ni, izinkan saya untuk membantu awak dan jika pembedahan kali ini berjaya, saya berharap awak akan memberi peluang untuk saya menjaga awak seumur hidup.” Kata Farhan.
“Tetapi…” Kata Misha.
            Belum sempat aku menghabiskan kata-kata itu, keadaan aku tiba-tiba menjadi kritikal dan terpaksa menjalani pembedahan segera. Aku segera dikejarkan ke wad pembedahan bersama Farhan. Apabila aku sedar, aku melihat Farhan terlantar di katil sebelah, dan aku mengambil keputusan untuk menerima lamaran Farhan. Walaupun ketika itu, aku masih lagi memikirkan Haikal, tetapi aku tdak sanggup mengecewakan Farhan. Tidak lama kemudian, majlis perkahwinan aku dilangsungkan dan aku ternyata tidak sangka sekali akan berjumpa dengan Haikal setelah sekian lama tidak mendengar khabaran tentangnya. Tetapi ketika itu, Haikal tidak datangg berseorangan. Dia datang ditemani seorang gadis dan mereka berpimpinan tangan dan gadis itu ialah Hani. Memang dunia ini kecil sekali, aku tidak menyangka yang lelaki idaman Hani adalah Haikal dan Haikal pula kelihatan bahagia di sisi Hani.
            Ketika itu, aku sedar yang Haikal hanyalah dugaan bagi diri aku untuk mengenal yang mana adalah cinta sejati dan yang mana adalah cinta di hati. Rupa-rupanya, Farhan yang selama ini aku anggap sebagai junior itulah lelaki yang akan menjadi pasangan hidup aku dan Farhan jugalah lelaki yang mencintai aku dengan tulus dan seikhlas hatinya. Memang ternyata, tidak salah aku menerima Farhan. Kini aku bahagia di sisi Farhan kerana dia amat menyayangi aku dan dia sanggup berbuat apa sahaja untuk mengukir senyuman di bibir aku.
            Dalam rancak aku menyusuri alam cinta diari aku ini, aku terdengar suara orang memanggil. Aku tersedar daripada mainan fikiran dan suara yang memangil aku adalah Farhan iaitu suami kesayangan aku.
“ Sayang, abang dah balik, kenapa nih, sayang buat apa kat bilik stor ni, kan abang dah pesan, jangan buat kerja berat-berat…kesian baby dalam perut sayang ni…biar abang yang kemas bilik ni ya”. Kata Farhan. 
“ Abang, Misha sayangkan abang, dan sekarang ini, cinta Misha hanya untuk abang sahaja” Kata Misha.
“ Abang pun sayang Misha sorang jer…dahla sayang, jom kita keluar.” Kata Farhan.
“ Terima kasih abang, sayang abang.” Kata Misha.
Sweetnya isteri abang hari ni…Hehehe” Kata Farhan.

-------TAMAT-------



Tuesday 2 October 2012

sEnyuman

Sajak ini pernahku hasilkan pada suatu ketika dahulu....
tetapi sekarang, tidak mungkin lagi untukku kembali ke alam karyaku kerana,
aku tidak mampu lagi menghasilkannya...semuanya bagaikan hilang dibawa arus....


Senyumlah wahai bibir ini….
Kembalikanlah keceriaan di wajah ini,
Dia juga ingin merasakan kebahagiaan hakiki,
Janganlah biarkan dirinya berduka lagi,

Janganlah kamu hukum dirinya kerana niat hatinya yang ingin mencari cinta sejati,
Dia juga tidak menyangka dalam pencarian cintanya yang hatinya akan dilukai,
Bukan kebahagiaan yang dia peroleh daripada cinta yang dicari,
Tetapi pencarian cintanya telah menambahkan lagi kepiluan di hati…

Tabahkan hati dia untuk menerima hakikat ini,
Berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi dugaan hidup ini,
Ukirlah senyuman di bibirnya kembali,
Agar dia tetap dapat bahagia walaupun pada saat2 dirinya sedang diuji.

Friday 17 August 2012

0nly God Know~

Hanya tuhan yang tau betapa luluhnya hati saya membaca text msg dia, hyn tuhan yg tau betapa lantangnya hati saya menjerit setelah membaca msg dia....dan yang penting, hanya tuhan jer yg tau, doaku kepd dirinya dan betapa sayangnya aku kepada dia...... :(