Monday 9 January 2012

~NostalGia~


Sejak tarikh pertama kita bertemu sehingga detik ini….bermaksud sudah hampir empat tahun kita berkenalan, tetapi kita tidak berkesempatan untuk mengenali dengan rapat lagi kerana situasi yang tidak mengizinkan.
Sejak hari pertama kita berkenalan, saya merasakan sesuatu yang berbeza dengan diri kamu. Saya tidak tahu macam mana hendak menjelaskan keadaan itu, cuma saya tahu hati saya mengatakan kamu adalah amat istimewa.
Pada tiap-tiap kali kita berjumpa, satu perasaan yang aneh muncul di hati ini. Saya sendiri tidak pasti akan perasaan ini, kerana sebelum ini saya tidak pernah merasakannya. Cuma semenjak berjumpa dengan kamu, perasaan itu mula muncul di hati saya.
Saya tidak tahu kenapa saya terlalu mengambil berat tentang kamu. Saya sendiri bingung dengan tindakan dan perasaan yang menguasai diri saya ini. Saya sendiri tidak pernah menyangka yang saya akan mempunyai perasaan sebegini terhadap seorang lelaki yang begitu asing buat diri saya.
Saya mencari jawapan di sebalik perasaan yang saya rasakan ini. Saya cuba memahami perasaan yang menguasai diri saya ini dan memang ternyata yang ada jawapan di sebalik perasaan yang saya rasakan ini. Tetapi saya sendiri masih tidak pasti akan kewujudan perasaan ini, kerana saya belum pernah mengalaminya lagi sebelum ini.
Apabila betul-betul yakin dengan perasaan ini, saya mengambil keputusan untuk memberitahu kamu. Pada mulanya, saya sekadar ingin meluahkan perasaan itu agar diri saya lebih selesa dan tidak terbeban lagi dengan kongkongan perasaan itu. Saya ingat yang saya akan lebih tenang selepas menyatakan semuanya kepada kamu. Tetapi ternyata sekali, itu satu keputusan yang salah, kerana semenjak hari itu, saya baru faham betapa sengsaranya perasaan itu…
Ternyata tempoh penantian yang kamu minta saya berikan kepada kamu bukanlah sesuatu yang senang untuk dilakukan. Ternyata sekali hari-hari itu amat sukar sekali untuk dilalui, ibarat orang bergantung tak bertali…
Sudah setahun lebih saya menanti kamu, tetapi kamu tetap tidak mempunyai sebarang jawapan. Saya tiada niat  pun untuk memaksa kamu untuk memberikan saya jawapan itu, tetapi bila tiap-tiap kali saya meminta jawapan daripada kamu… Tahukah kamu, berapa lama saya mengumpul keberanian untuk menghantar satu teks massage itu kepada kamu? Tahukah kamu, berapa lama saya harus mengumpul keberanian untuk menerima segala kemungkinan jawapan yang bakal kamu berikan?  Tahukah kamu, berapa banyak air mata yang telah mengalir sebelum satu-satu teks massage sebegitu dihantar kepada kamu?

Maafkan saya andai massage saya itu mengganggu emosi kamu…kerana saya sudah tidak mampu bertahan lagi, dan saya tidak mahu diri saya berada di awang-awangan, dibuai mimpi-mimpi yang tidak mungkin berlaku sebab itulah, saya rela melenyapkannya sebelum saya terlalu berharap.
 Setahun lebih, saya bertahan untuk menunggu jawapan kamu, dan sudah hampir empat tahun saya merasakan perasaan ini… Memang penantian ini bukanlah satu tempoh yang lama tetapi ia juga bukanlah suatu tempoh yang singkat. Cubalah kamu tempatkan diri kamu di situasi saya, tentu kamu akan faham, macam mana perasaannya kalau kita meletakkan harapan pada benda yang belum pasti dan menunggu sesuatu yang tidak pasti…
Daripada merasakan perasaan sebegini, saya rasa adalah lebih baik untuk saya patah hati dan putuskan segala harapan ini…sebab itulah, saya tekadkan hati, saya beranikan diri saya untuk bertanya kepada kamu. Tetapi kamu pula fikir yang saya ingin mendesak kamu…dan kamu juga fikir yang saya terdesak untuk mencari seorang teman lelaki….Kamu silap, silap, silap…
Ketika call terakhir kita, kata-kata yang kamu ucapkan cukup melukakan hati saya… dua minggu awak, dua minggu air mata saya mengalir sebab kata-kata itu, tetapi saya tahu yang saya masih menyayangi kamu. Sebenarnya saya tidak pernah berhenti daripada menunggu kamu walaupun ada niat sebegitu kerana saya amat menyayangi kamu dan tidak mampu menerima orang lain…
Saya tidak pasti dengan kata-kata saya ini, kamu mampu merasakan keikhlasan hati saya atau tidak? Tetapi melalui cara ini saja saya mampu luahkannya, kerana bila saya berhadapan dengan kamu, lidah saya menjadi kelu, diri saya menjadi kaku dan saya tidak mampu berbuat apa-apa…
Saya tidak mengharapkan sebarang balasan daripada kamu…Cuma saya harap kamu nampak keikhlasan saya dan saya tidak pernah bermain dengan kamu tentang perasaan ini. Saya tahu kamu ingin membuktikan diri kamu juga mampu berjaya di pandangan mata mama kamu, saya tahu kamu ingin mendapatkan kasih sayang yang lebih daripada mama kamu dan saya tidak akan menghalang dan tidak mahu menjadi penghalang kamu untuk merealisasikan semua hasrat hati kamu itu…
Saya akan sentiasa menyokong kamu…dan akan sentiasa ada untuk kamu bila kamu memerlukan tempat untuk meluahkan masalah, sebarang keputusan akhir yang kamu buat, saya akan terimanya tetapi tolonglah jangan beri jawapan tidak pasti… beritahulah sama ada kamu mahu atau tidak untuk teruskan hubungan ini, kerana penantian adalah lebih menyeksakan  daripada menerima hakikat yang semuanya telah berakhir.                                                                                                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment