Wednesday 18 January 2012

~Merindui mu~

Emm...kalau boleh, tiap-tiap hari saya nak mesej kamu bertanyakan khabar, ucapkan selamat malam.... tapi saya takut ia akan menganggu kamu, jadi saya hanya mampu pendamkan semua itu di dalam hati saya ini dengan berkata, semuanya pasti baik-baik sahaja....dan mesej saya hanya akan menyebabkan kamu rimas kalau dihantar acap kali....huhu, tapi jauh di sudut hati saya, kata-kata ini semakin kurang maknanya..

Tiap-tiap hari saya asyik memikirkan tentang kamu, ingin tahu tentang keadaan kamu, tapi apakan daya diri jika hanya mampu mengambil berat tentang diri kamu secara jauh sahaja, dan hanya mampuku kirimkan doa agar kamu sentiasa diberkati dan dilindungi...ku harap dengan doa2ku ini kamu akan sentiasa dalam keadaan yang baik...

Andai kata kamu menerima diriku, aku tidak mampu menjanjikan apa-apa kepada dirimu, kecuali keikhlasan cinta dan juga kesetiaanku sahaja yang mampuku berikan...Satu perkara lagi yang aku ingin beritahu kamu, bahawa...Aku sanggup untuk menunggu dirimu walaupun berapa lama waktunya asalkan kamu sanggup menyuruh diriku menunggunya~ LOVE U <3

No comments:

Post a Comment