Friday 13 January 2012

~Maafkan saya Sayang kerana terlanjuR berKata2~

Menyintai kamu tetapi tidak mampu memberitahu semua orang yang kamu adalah orang yang saya sayangi,
Hanya mampu menyembunyikan perasaan itu jauh di lubuk hatiku kerana khuatir dirimu tidak menyukainya,
Namun maafkan diriku ini,
Andai ada yang diriku terlepas berkata-kata kerana,
Kadang-kadang diriku tidak tahu kepada siapa nak lepaskan perasaan yang terseksa di hati ini,
Tanpa ku sedari, namamu telah hinggap di bibirku,
Dan namamu diumumkan sebagai pemilik hati ini,
Maafkan diriku andai perbuatanku ini mengundang kemarahan dirimu,
Maafkan diriku andai perbuatan ini membuatkan kamu merasa malu,
Maafkan diriku andai perbuatanku ini menjatuhkan maruahmu...

Tiada niat lain yang inginku selitkan di sebalik perbuatan yang diriku sendiri tidak sedari ini,
 Kecuali saya nak beritahu kamu I LOVE U so Much... I am sorry my dear...

No comments:

Post a Comment