Monday 2 April 2012

~keCewa~

Ku ingatkan dia berbeza dgn yang lain, tetapi rupa2nya aku salah…semuanya sama jer, berkali-kali ku katakan tidak mengapa, kerana aku amat menyayanginya….
Tetapi bila makin menyayangi,  makin mudah untuk dikecewakan dan kadang2 tanpa disedari mood kita boleh berubah-rubah kerana kata2nya…
Mungkin padanya hanyalah gurauan, tapi sedarkah dia hati seorang wanita begitu mudah untuk dilukai… Sekuat mana pun wanita itu, dia tetap akan kalah dengan orang yang dia sayangi…
Orang yang disayanginya begitu penting buat dirinya, malah kadang2 org itu lebih penting daripada dirinya, kdg2 dia wanita akn cuba menidakkan kerana ia tidak mahu merasakan kekecewaan yang teramat itu…tetapi, dia harus akur dgn perasaan menyayanginya itu, aku dgn kasih sayang yang dia berikan kepada si dia yang memiliki dirinya…
Jangan pandang mudah dgn janji dan kata2 seseorang wanita itu, kerana apa yang dijanjikan dan dibicarakan dengan org yang disayanginya, pasti dia akn tunaikan, Kalau dia tidak mampu dia tidak akan berjanji dan berkata2 kerana dia tidak mahu org yang disayanginya berasa kecewa…
 apabila dia betul2 katakan tidak, ia bermakna, dia sudah cuba sedaya upayanya utk melakukannya tetapi ia tidak mampu melakukannya, barulah dia menyerah kalah dgn mengatakan dia tidak mampu melakukannya…
Apabila sudah makin menyayangi, dia akn mkn mudah terasa dgn org yang disayanginya, kdg2 dia cuba pendamkan perasaan itu, tapi kdg2 dia akan mengamuk jugak krn dh lama dipendamkan dan bila smp kemuncak, ia pasti meletup jugak, tp percayalah mcm mn marahnya wanita itu, dia xakn menyimpan dendam dgn org yang dia sayangi, krn dia x sanggup utk marah lama2 dgn si dia yang dia sayangi…
Percayalah, tiap2 kali dia marah, hati wanita itu lebih merana daripada perasaan org yang disayanginya, kerana dia sebenarnya tidak sanggup nak memarahinya, seksanya perasaan itu… hati begitu pedih bila nk buat org yang dia sayangi rasa serba salah, dlm hati hyn ingin memeluknya dan nk cakap, tlglah jgn buat saya marah, kerana aku seksa memarahimu… Cuma kdg2 tu dia terpaksa melakukannya utk menyedarkan org yang dia sayangi bahawa, tolonglah terima dirinya yang seadanya, jgn memaksa dia melakukan perkara yang dia tidak suka…
Tidak dapat menunaikannya sudah menjadi luka di dlm hatinya, mahu memarahi org yang disayanginya pula bagaikan menambah garam di lukanya..,peritnya perasaan itu…bukan senang utk memuaskan permintaan2 tertentu, kerana dia juga punya hati, perasaan dan juga pendirian yang perlu dijaga dan ditegaskan agar dia tetap boleh menjadi dirinya…
Saya mungkin bukan seorang kekasih yang baik kerana tidak tahu menunjukkan kasih sayang saya kepada kamu, tetapi hakikatnya saya amat menyanyangi kamu…tidak kisahlah apa yang berlaku kpd dirimu, aku akn sentiasa menemanimu…itu janji seorang wanita yang menyayangi dirimu…
Kalau kamu yang menjadi harapan hatinya turut mengecewakan dirinya sekali lagi, wanita ini pasti akan berubah…hati yang dilukakan dua kali, pasti tidak mampu menerima cinta lagi di hatinya, jgnlah mengubah dirinya utk menjadi seorang yang kejam…
Berilah dia peluang untuk mengenali kebahagian yang tidak pernah mampu mendampingi dirinya….

No comments:

Post a Comment