Tuesday 20 March 2012

Lelaki vs Perempuan : Cinta

CINTA.....
Berbezakah perkataan ini di mata kaum adam dan hawa???
Setiap orang mempunyai pandangan dan anggapan masing-masing bagi menilai maksud perkataan ini berdasarkan penilaiannya dan juga pengalamannya....samalah dengan diri ini yang juga telah menilai dan juga mengalami sendiri perasaan ini....
Bagi diriku, CINTA di mata lelaki dan perempuan adalah berbeza tetapi hyn sedikit sahaja, kerana dunia kian berubah, lelaki vs perempuan dah kurang maknanya kerana lelaki = perempuan sahaja....tiada niat di hati ini ingin bercakap siapa benar, siapa yang salah, cuma pada pandangan tiap2 org adalah berbeza dan mungkin penyataan saya ini hyn tepat utk mendeskripsi sesetengah org dan mungkin ia salah bagi sesetengah org...tetapi itu semua tidak penting kerana penilaian itu dibuat oleh diri kita sendiri, nak sokong atau bangkang, itu hak masing2...

Seorang lelaki mungkin mencari pasangan kerana beliau berasa sunyi dan iri hati kerana kawan-kawan lain sudah berpasangan sedangkan dia masih single. Seorang perempuan juga mungkin akan ada perasaan sedemikian tetapi mereka tidak akan mengakunya, sedangkan seorang lelaki berani menyatakannya. 

Seorang lelaki mungkin  akan berusaha untuk mendapatkan cinta seorang gadis, tapi berapa byk ke yang cekal hingga ke saat akhir? Si gadis pula mcm mn? Mampukah mereka cekal, ada yang jwb ya, ada yg jawab tidak....kerana ada yg serius, ada yg inginkan sekadar suka2...sebenarnya, untuk cari lelaki/ perempuan yg betul2 cekal nih dah susah..kalau dah jumpa tu, kenalah hargai...

Seorang lelaki mungkin menyukai seorang perempuan kerana rupa dan begitu juga perempuan. 
Seorang lelaki mungkin menyukai seorang perempuan kerana sifat dan begitu juga perempuan.
tetapi adakah lelaki sama dengan perempuan, suka memilih pasangan yg berharta? tertanya2 jugak, ada ke lelaki camtu?? Kalau ada, dia mmg x layak nk cari cinta sejati... Perempuan pun kalau ada, anda memang xtau apa itu nilai cinta....

Satu jer yg saya rasa seorang perempuan baik xkan buat, iaitu mengadaikan maruahnya untuk mendapatkan cinta dari seorang lelaki yg amat dia cintai. walau sebagaimana agungnya cinta seorang wanita itu, maruah diri tetap diutamakan kerana hyn lelaki yg baik sahaja tau menghargai wanita yg dia betul2 sayang. Wanita baik juga sedar bahawa, lelaki yg berniatkan nafsu terhadap dirinya adalah lelaki yg paling tidak layak menerima cintanya...kerana akhirnya dia akan dikecewakan jua...

Tiba2 jer dtg mood nk tulis camnih~ semua nih x berkaitan dengan siapa2 pun, cuma sekadar pemerhatian saya jer :) yang bawah nih jer kalau berkaitan pun...

saya sayang dia tanpa sebab,  saya xkisah walaupun org cakap dia xde rupa, sbb sy pun bukannya cantik pun, lebih kurang jer pun, saya xkisah walaupun org ckp dia xberharta, sbb saya tau harta boleh dicari, tp hati yg ikhlas tak mampu dibeli, saya xkisah apa kawan2 saya nk cakap tentang dia, asalkan saya tau, dia bukan jenis yang camtu, sy xkisah walaupun kdg2 tu dia nakal, sbb kdg2 kenakalan dia yg buat saya tersenyum tp kdg2 tu buat air mata sy mengalir jugak, tapi semua tu dah lumrah, xde pasangan yang kekal bahagia, kerana tawa dang tangis itulah yg akan membuatkan sesuatu hbgn itu semakin kukuh dan berwarna-warni :)




No comments:

Post a Comment