Thursday, 14 March 2013
thxQ
Hatiku hampir remuk ditindas kamu........AIr mata tetap mengalir wlpn janji berpanjangan yang aku dgr dari bibirmu...Adakah hatiku sebagai wanita yang kamu katakan sayang, hanya sekadar tempat kamu lepaskan segala perasaan???????????????????
Sunday, 3 March 2013
wANitA
RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?
Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?
Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.
Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.
Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
Sila LIKE PAGES kami untuk mendapatkan Info menarik: MawarCinta - www.mawarcinta.com
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?
Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?
Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.
Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.
Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
Sila LIKE PAGES kami untuk mendapatkan Info menarik: MawarCinta - www.mawarcinta.com
Saturday, 26 January 2013
soal Hati...
Bukan semua perkara kita mampu luahkan dengan kata-kata, kadang-kadang mulut terkedu bila kita cuba lontarkan kata-kata...
Hati sebak hanya mampu mendiamkan diri, mulut terkedu untuk berbicara...segala rahsia hanya mampu dipendamkan...entah di mana ingin luahkan....
Mengharapkan suara hati ini mampu sampai ke telinganya mendengar luahan hati insan yg dicintai..
Cintaku tidak ingin memberikan kamu rungutan yg mebingitkan telinga, tetapi cukup sekadar senyum memahami...
Wednesday, 23 January 2013
EmoSi
Kadang2, kita terasa yang jiwa kita kosong...
kadang2, kita terasa hidup ni membosankan....
kadang2 kita rasa yang hati ini dilukai....
kadang2 kita rasa diri ini disisihkan....
Itulah mainan perasaan kita yang betul2 membuatkan kita tekanan....
Tapi seandainya kita mampu ubah segala perspeksi tu...mungkin kita akan lebih bahagia...
Mungkin kita rasa jiwa kita kosong kerana kita yg tidak mengigini ianya dipenuhi.....
Mungkin kita rasa hidup ini memebosankan kerana kita tidak bersyukur dgn kegembiraan yg kita perolehi selama ini,
Mungkin kita rasa hati ini dilukai kerana kita benar2 sayang kat seseorang itu.....
Mungkin kita rasa diri kita disisihkan kerana kita yang tidak cuba mendekati org lain....
Kalau direnung-renungkan, hidup kita nih mmg unik...kerana mmg byk warna-warna kehidupan yang telah singgah ke dalam hidup kita ini...oleh itu, xperlulsh kita nk merungut sgt2...dan kita sepatutnya perlu terima shj apa yg seadanya, maka semuanya akan baik...
Dan hidup kita pasti diwarnai dengan riak2 keceriaan dan kegembiran yang kita xketahui.....
biar kita yg kawal emosi kita dan bukannya emosi yang kawal kita....
Confirm hidup kita akan dihadiri kegembiran, dan itulah makna sebenar kehidupan....
Betul x kawan2?
ALways be happy....especialy too my family, my friend n my self....
Cinta Diari
Angin membuai sepoi-sepoi dan
diiringi dengan alunan irama ombak yang menepis pantai membuatkan aku selesa
terduduk di beranda rumah. Sungguh nyaman udara di pagi hari tatkala sang suria
terbit untuk menyinari bumi. Aku semakin selesa dibuai kediginan angin pagi,
tetapi masih banyak kerja rumah yang belum aku siapkan. Aku harus siapkannya
sebelum suami kesayangan pulang dari kerjanya. Nasi telah siap aku tanak, yang
tinggal hanyalah kerja-kerja mengemas.
“ Dari mana ya saya nak mulakan….Em, baik saya
mulakan dari ruang tamu, lepas tu… rasanya saya nak kemas kat bilik stor, dah
lama saya tak kemas kat sana…mana tau boleh jual barang-barang yang dah tak
guna lagi…”
Matahari pun sudah kian terik setelah aku siap
mengemas di ruang tamu,. Selepas itu, aku pun meneruskan kerja-kerja mengemas
di bilik stor.
“Huk..huk..huk… Berhabuknya stor nih, dah lama tak
masuk mengemas kat sini…Macam manalah nak kemas bilik ni??? Eh…buku apa ni,
macam pernah tengok jer…Ni kan diari saya masa zaman university dulu, bukan ke
saya dah buang, kenapa masih ada kat sini? Em…mesti abang yang simpankan ni”
Aku menepis segala habuk di diari
itu, dan jari-jemari aku mulai lincah membeleknya. Aku seakan-akan lupa akan
tujuan aku datang ke bilik stor ini, fikiran aku semakin jauh melayang dan aku
merasakan diri ini kembali ke dalam catatan diari aku ini. Dalam diari ini
tercatat tentang kisah cinta aku dan ada kenangan manis serta pahit di dalamnya.
Aku ingat lagi yang aku pernah
menyintai seorang jejaka yang bernama Haikal. Pada awal pertemuan lagi, Haikal
sebenarnya telah mencuri hati aku ini, gelagatnya yang lucu itu telah mula
mengetuk pintu hati aku, dan mungkin dia tidak sedar yang dirinya sudah semakin
menguasai hati kecil ini. Perwatakan Haikal yang periang, ceria, bijak dan
bercita-cita tinggi itu telah menjadi titik permulaan kepada aku untuk menaruh
perasaan terhadapnya. Tanpa disedari perasaan yang aku pendam ini telah
menjadikan aku jatuh cinta kepada Haikal. Aku sendiri tidak sangka yang perasaan
cinta ini begitu aneh tetapi indah kerana aku yang sebelum ini belum pernah
mengenal erti cinta ini telah dilamun
perasaan ini secaara tiba-tiba. Tapi memang betullah kata orang, “cinta itu
datang tanpa diundang dan cinta juga pergi tanpa diketahui”.
Hampir dua tahun aku memendam kan
rasa cinta aku kepada Haikal. Aku sendiri musykil dengan diri ini. Aku
tertanya-tanya, kenapa aku boleh jatuh cinta dengan orang asing yang baru aku
kenali dan perkenalan itu hanyalah untuk beberapa hari sahaja? Aku dan Haikal
hanyalah berkenalan ketika satu program ceramah peringkat negeri dan kami tidak
pernah pun bertegur sapa, cuma sekadar membalas senyuman. Ketika ceramah itu
berlangsung, aku berada pada tingkatan enam atas dan aku merupakan wakil
terpilih dari pihak sekolah untuk menyertai ceramah tersebut. Hati aku
berdebar-debar pada saat-saat pertama kali aku memandang Haikal. Hati aku
berdebar-debar bukanlah kerana dia tampan, dan bukanlah kerana dia anak orang
berada, tetapi senyumannya dan perwatakannya yang sedang membantu seorang
pelajar buta ketika itu, telah membuatkan aku tertarik untuk mengenalinya
dengan lebih dekat.
Namun, aku tidak mempunyai
keberanian untuk mendekatinya. Aku hanya sekadar memerhati dari jauh setiap
gerak-gerinya supaya aku dapat mengenali hati budinya. Ternyata dia sememangnya
seorang yang bijak, kerana setiap kali disoal dalam sesi ceramah, dia mampu
menjawabnya, malah dia kelihatan berkeyakinan serta pandai menyelit lawak untuk
menarik perhatian pelajar lain untuk mendengar hujah jawapannya. Setelah
berhari-hari aku memerhati tentang diri Haikal, aku merasakan yang hati ini
semakin tertarik dengan perwatakannya ang begitu menepati ciri-ciri lelaki
idaman aku. Aku tidak meminta untuk mendapatkan seorang lelaki kacak untuk
dibangga-banggakan, aku tidak memilih lelaki yang hartawan untuk hidup dalam
kemewahan, tetapi cukuplah sekadar seorang lelaki yang biasa, ikhlas menyayangi
diri ini dan mampu menerima aku yang seadanya.
Pejam celik , pejam celik, semua
sesi ceramah telah pun berakhir, tetapi aku tidak tahu cara untuk memulakan
komunikasi antara aku dengan Haikal. Dia seolah-olah tidak perasan dengan
kewujudan aku. Aku pula tidak berani untuk bercakap dengannya. Program telah
tamat, aku dan Haikal tetap masih belum berkenalan, tetapi aku tetap menyimpan
secebis perasaan untuk bertemu Haikal lagi selepas program ini. Aku yakin yang
aku pasti dapat berjumpa dengannya semula. Aku terus memendamkan perasaan cinta
terhadap Haikal di dalam hati ini. Sekiranya, sekali lagi aku menemuinya, aku
pasti akan mendekatinya dan aku pasti dapat menawan hatinya.
Memang harapan senang untuk
diletakkan, tetapi untuk merealisasikan memang begitu sukar sekali. Setelah
program itu, aku tidak lagi menemui Haikal dan aku langsung tidak ada cara
untuk menghubunginya. Sekarang aku sudah menerima tawaran untuk menjejakkan
kaki ke menara gading. Aku merasakan, adalah tipis peluang untuk menemui
Haikal, kerana Haikal pasti dapat tawaran yang sama, dan di sana nanti mesti
dia sudah menemui pilihan hatinya. Aku rasa, antara aku dan Haikal sudah sampai
ke penghujungnya, dan aku harus membiarkan cinta yang belum berputik ini untuk
terkubur sahaja. Mungkin aku dan Haikal tidak ada jodoh untuk bersama.
Pada hari pertama aku menjejakkan
kaki di universiti, aku menemui pelbagai orang yang datang dari negeri yang
berbeza, budaya serta lenggok percakapan turut berbeza. Aku pula jenis yang
jarang keluar rumah, memang semua itu kelihatan asing buat aku. Tetapi dalam
kesibukkan mengurus pendaftaran di universiti, aku seperti terlihat kelibat
Haikal di koridor pejabat universiti. Aku ingin mengejar kelibat lelaki
tersebut, tetapi pendaftaran aku masih belum selesai. Aku membiarkannya pergi
sahaja, kerana aku sendiri tidak yakin yang kelibat tadi adalah Haikal atau
sebaliknya. Tetapi setelah mendaftar di asrama, kepala aku masih memikirkan
tentang kelibat yang aku lihat pagi tadi, dan gerak hati seperti begitu yakin
yang orang itu adalah Haikal.
Pada malam tersebut, majlis suai
kenal antara pelajar baru telah berlangsung. Ternyata gerak hati aku memang
tepat sekali. Lelaki itu adalah Haikal dan hati aku bagaikan berbunga kembali
dan inilah peluang untuk aku mendekatinya. Aku cuba mendaekati Haikal tapi bila
setiap kali aku mencubanya, pasti aku berasa gemuruh kerana jantung aku
berdegup kencang. Aku hanya mampu memerhati dari jauh dan terus memendam
perasaan cinta di dalam hati ini. Haikal mengambil jurusan yang berbeza dengan
aku dan kami tidak pernah pun sekelas. Apabila kami berjumpa, kami hanya saling
berbalas senyuman. Aku masih menunggu peluang untuk mendekati Haikal.
Sekarang, dah hampir setahun aku di
alam universiti tetapi aku belum lagi berjaya mendekati Haikal. Namun aku masih
belum berputus harapan untuk melepaskan cinta ini untuk terkubur. Hubungan aku
dengan junior aku semakin rapat dan aku rasa aku boleh meminta bantuan daripada
Farhan untuk mendekatkan diri aku dengan Haikal. Aku mengetahui yang Farhan
merupakan junior Haikal ketika zaman sekolah, jadi aku rasa ini bukan
permintaan sukar untuk Farhan. Aku menceritakan segala-galanya kepada Farhan
dan Farhan seperti mengerti segala-galanya. Dia sanggup membantu aku dan aku
bersyukur kerana ada insan yang sanggup membantu aku. Farahan rela membantu
aku, tetapi kadang-kadang aku musykil kerana dia kelihatan susah hati apabila
dia membantu aku untuk mengajak Haikal keluar. Tetapi Farhan tidak pula
menyatakan tentang perasaannya terhadap aku.
Lama-kelamaaan aku semakin rapat
dengan Haikal kerana bantuan Farhan. Aku berterima kasih atas bantuan Farhan
kerana mampu merapatkan aku dengan Haikal. Hasil galakkan dan hubungan aku
dengan Haikal yang makin mesra membuatkan aku yakin dan berani untuk meluahkan
perasaan cinta yang hampir dua tahun aku pendamkan.
“ Haikal, saya ada perkara nak beritahu awak…”. Kata
Misha.
“ Ya…cakap jerlah Misha, macam tak biasa
jelah…Hehehe”. Kata Haikal.
“ Haikal…sebenarnya, saya dah lama jatuh cinta kat
awak. Sejak kita jumpa ketika ceramah lagi saya dah mula menaruh perasaan dekat
awak.”. Kata Misha.
“Misha, awak ni pandai betul melawak…Hahaha…jangalah
buat lawak, kita kan masih belajar, takkan dah nak bercinta….sekarang kita kena
fokus belajar dulu la. Kamu boleh terima tak penjelasan saya?” Kata Haikal.
“ Saya serius nih Haikal…tetapi kalau itu penjelasan
awak, saya terima…tetapi saya tetap akan tunggu awak.” Kata Misha.
“ Misha…saya harap awak faham, saya perlu tunaikan
cita-cita saya dulu. Saya harap awak boleh tunggu saya sehingga kita habis
belajar, dan baru kita bincang balik perkara ini kerana saya rasa masa itu baru
sesuai untuk kita berbincang tentang hubungan cinta ya….” Kata Haikal.
“ Baiklah Haikal…Saya terima penjelasan awak, tetapi
saya harap hubungan kita sekarang tidak akan terjejas.” Kata Misha.
“ Ok Misha…” Kata Haikal.
Memang
aku tidak sangka, cinta aku ditolak Haikal sewenang-wenangnya. Aku tidak sangka
yang Haikal akan menolak cinta aku tetapi aku tetap cuba menerima hakikat ini,
dan aku tahan daripada membiarkan linangan air mata dari membasahi pipi aku.
Selepas itu, aku hanya mampu terus menunggu Haikal untuk memberi kata putus. Di
saat-saat aku lemah dan pilu, Farhan kerap kali meghiburkan hati aku dan dia
selalu membawa kegembiraan dalam hidup aku. Aku berasa gembira dengan kehadiran
Farhan sebagai teman baik aku walaupun dia hanya junior aku. Sekarang aku sudah
di tahun akhir, bermakna sudah tiga tahun penantian cinta aku kepada Haikal dan
aku berharap tahun ini, aku mendapat kata putus dari Haikal. Akhirnya Haikal
member kata putus.
“Misha, sekarang saya sudah bersedia untuk
membincangkan tentang cinta, dan saya harap awak boleh jadi orang pertama yang
membawa saya ke alam percintaan.” Kata Haikal.
“Betul ke ni Haikal…Terima Kasih Haikal kerana sudi
menerima saya.” Kata Misha.
Semuannya
kelihatan lancar, dan aku sudah semakin rapat dengan Haikal. Tetapi dalam
tempoh tersebut, kesihatan aku menjadi merosot. Aku juga tidak mengetahui punca
kemerosotan kesihatan ini. Aku berharap yang ia hanya sakit biasa sahaja dan
dapat pulih segera. Aku menjalani pemeriksaan di hospital dan apabila keputusan
itu keluar. Aku hampir pitam mendengarnya.
“ Cik Misha, saya harap awak boleh bertenang dengan
keputusan ujian ini. Pada pemeriksaan saya, saya mendapati awak menghidapi
penyakit leukemia dan awak perlu segera menjalani pembedahan.” Kata doktor.
“ Apa??? Saya menghidap penyakit leukemia…Doktor,
selain pembedahan memang tak ada cara lain lagikah untuk menyembuhkan penyakit
saya ini???” Kata Misha.
“Maafkan saya Cik Misha, buat masa sekarang ini,
hanya pembedahan yang mampu menyembuhkan penyakit awak. Sekarang, kita perlu
mencari penderma sum-sum tulang yang sesuai untuk awak, jika tidak, nyawa Cik
Misha mungkin hanya boleh hidup untuk 3 bulan sahaja lagi.” Kata doktor.
Aku
terkedu mendengar penjelasan doktor. Aku tidak sangka yang aku akan mewarisi
penyakit keturunan ibu aku ini. Aku masih ingat lagi, ketika itu aku hanya
berusia 5 tahun, ibu pergi meninggalkan aku dan ayah. Tidak lama kemudian, ayah
pula pergi meninggalkan aku kerana ayah tidak dapat menerima pemergiaan emak.
Aku hidup sebatang kara sejak kecil lagi. Sekarang, bila tiba sat-saat aku
untuk membina kebahagiaan dengan orang yang aku cintai, aku menerima dugaan
sebegini. Aku memang sukar untuk menerima hakikat ini. Tetapi tidak kira apa
sekalipun yang berlaku, Haikal tidak boleh tahu semua ini. Aku harus
merahsiakannya. Aku nekad untuk membuat Haikal benci aku dan aku kemudian lari
menyepikan diri berseorangan di hospital. Aku merahsiakan tentang penyakit aku
ini daripada semua orang, termasuklah Farhan yang begitu rapat dengan aku.
Ketika
itu, aku hanya meniti sisa-sisa hidup aku di hospital. Di hospital, aku telah
berkawan rapat dengan seorang jururawat yang bernama Hani. Kami sering berborak
dan berkongsi masalah sama-sama. Pada suatu hari, Hani datang datang ke bilik
aku dan dia kelihatan riang.
“ Hani..muka awak asyik tersenyum jer hari ini,
kenapa ni, ceritalah, berita apa yang buat awak gembira sangat tu?” Kata Misha.
“ Misha…awak ni tahu-tahu ajelah
kan…Hehehe…sebenarnya, saya dah jumpa lelaki idaman saya dan kami semakin rapat
sekarang ni. Walaupun baru dua minggu berkenalan, saya rasa serasi sangat
dengan dia…” Kata Hani.
“Baguslah camtu, saya doakan awak bahagia dengan dia
ya Hani”. Kata Misha.
“ Terima kasih Misha, tetapi tujuan saya datang hari
ini bukannya nak bagitau tentang perkara ini, tetapi saya datang sebab pihak
hospital dah jumpa penderma yang sesuai untuk awak dan awak boleh menjalani
pembedahan pada bila-bila masa sahaja.” Kata Hani.
“ Yakew Hani…Maksudnya, saya boleh hidup lagi…Mana
orangnya? Saya nak ucapkan terima kasih kat dia” Kata Misha.
“ Dia ada kat luar sana, kejap saya panggilkan ya”.
Kata Hani.
Ketika
itu, hati aku berdebar-debar menantikan gerangan yang sanggup menanggung risiko
untuk menyelamatkan aku. Mata aku tidak bergerdip memandang ke arah pintu.
Berbagai-bagai ayat yang tersusun di kepala aku untuk mengucapkan terima kasih
kepada si penderma itu. Tetapi aku terkejut apabila pintu itu terbuka, orang
yang datang tidak lain dan tidak bukan, orangnya ialah Farhan.
“ Far…han...????” Kata Misha
“ Misha, saya tak nak dengar awak cakap pepe…sekarang
ni, izinkan saya untuk membantu awak dan jika pembedahan kali ini berjaya, saya
berharap awak akan memberi peluang untuk saya menjaga awak seumur hidup.” Kata
Farhan.
“Tetapi…” Kata Misha.
Belum
sempat aku menghabiskan kata-kata itu, keadaan aku tiba-tiba menjadi kritikal
dan terpaksa menjalani pembedahan segera. Aku segera dikejarkan ke wad
pembedahan bersama Farhan. Apabila aku sedar, aku melihat Farhan terlantar di
katil sebelah, dan aku mengambil keputusan untuk menerima lamaran Farhan. Walaupun
ketika itu, aku masih lagi memikirkan Haikal, tetapi aku tdak sanggup
mengecewakan Farhan. Tidak lama kemudian, majlis perkahwinan aku dilangsungkan
dan aku ternyata tidak sangka sekali akan berjumpa dengan Haikal setelah sekian
lama tidak mendengar khabaran tentangnya. Tetapi ketika itu, Haikal tidak
datangg berseorangan. Dia datang ditemani seorang gadis dan mereka berpimpinan
tangan dan gadis itu ialah Hani. Memang dunia ini kecil sekali, aku tidak
menyangka yang lelaki idaman Hani adalah Haikal dan Haikal pula kelihatan
bahagia di sisi Hani.
Ketika
itu, aku sedar yang Haikal hanyalah dugaan bagi diri aku untuk mengenal yang
mana adalah cinta sejati dan yang mana adalah cinta di hati. Rupa-rupanya,
Farhan yang selama ini aku anggap sebagai junior itulah lelaki yang akan
menjadi pasangan hidup aku dan Farhan jugalah lelaki yang mencintai aku dengan
tulus dan seikhlas hatinya. Memang ternyata, tidak salah aku menerima Farhan.
Kini aku bahagia di sisi Farhan kerana dia amat menyayangi aku dan dia sanggup
berbuat apa sahaja untuk mengukir senyuman di bibir aku.
Dalam
rancak aku menyusuri alam cinta diari aku ini, aku terdengar suara orang
memanggil. Aku tersedar daripada mainan fikiran dan suara yang memangil aku
adalah Farhan iaitu suami kesayangan aku.
“ Sayang, abang dah balik, kenapa nih, sayang buat
apa kat bilik stor ni, kan abang dah pesan, jangan buat kerja
berat-berat…kesian baby dalam perut sayang ni…biar abang yang kemas bilik ni
ya”. Kata Farhan.
“ Abang, Misha sayangkan abang, dan sekarang ini,
cinta Misha hanya untuk abang sahaja” Kata Misha.
“ Abang pun sayang Misha sorang jer…dahla sayang,
jom kita keluar.” Kata Farhan.
“ Terima kasih abang, sayang abang.” Kata Misha.
“ Sweetnya
isteri abang hari ni…Hehehe” Kata Farhan.
-------TAMAT-------
Tuesday, 2 October 2012
sEnyuman
Sajak ini pernahku hasilkan pada suatu ketika dahulu....
tetapi sekarang, tidak mungkin lagi untukku kembali ke alam karyaku kerana,
aku tidak mampu lagi menghasilkannya...semuanya bagaikan hilang dibawa arus....
Senyumlah wahai bibir ini….
tetapi sekarang, tidak mungkin lagi untukku kembali ke alam karyaku kerana,
aku tidak mampu lagi menghasilkannya...semuanya bagaikan hilang dibawa arus....
Senyumlah wahai bibir ini….
Kembalikanlah keceriaan di wajah ini,
Dia juga ingin merasakan kebahagiaan hakiki,
Janganlah biarkan dirinya berduka lagi,
Janganlah kamu hukum dirinya kerana niat hatinya yang ingin mencari cinta sejati,
Dia juga tidak menyangka dalam pencarian cintanya yang hatinya akan dilukai,
Bukan kebahagiaan yang dia peroleh daripada cinta yang dicari,
Tetapi pencarian cintanya telah menambahkan lagi kepiluan di hati…
Tabahkan hati dia untuk menerima hakikat ini,
Berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi dugaan hidup ini,
Ukirlah senyuman di bibirnya kembali,
Agar dia tetap dapat bahagia walaupun pada saat2 dirinya sedang diuji.
Friday, 17 August 2012
0nly God Know~
Hanya tuhan yang tau betapa luluhnya hati saya membaca text msg dia, hyn tuhan yg tau betapa lantangnya hati saya menjerit setelah membaca msg dia....dan yang penting, hanya tuhan jer yg tau, doaku kepd dirinya dan betapa sayangnya aku kepada dia...... :(
Subscribe to:
Posts (Atom)