Tuesday, 20 March 2012

Lelaki vs Perempuan : Cinta

CINTA.....
Berbezakah perkataan ini di mata kaum adam dan hawa???
Setiap orang mempunyai pandangan dan anggapan masing-masing bagi menilai maksud perkataan ini berdasarkan penilaiannya dan juga pengalamannya....samalah dengan diri ini yang juga telah menilai dan juga mengalami sendiri perasaan ini....
Bagi diriku, CINTA di mata lelaki dan perempuan adalah berbeza tetapi hyn sedikit sahaja, kerana dunia kian berubah, lelaki vs perempuan dah kurang maknanya kerana lelaki = perempuan sahaja....tiada niat di hati ini ingin bercakap siapa benar, siapa yang salah, cuma pada pandangan tiap2 org adalah berbeza dan mungkin penyataan saya ini hyn tepat utk mendeskripsi sesetengah org dan mungkin ia salah bagi sesetengah org...tetapi itu semua tidak penting kerana penilaian itu dibuat oleh diri kita sendiri, nak sokong atau bangkang, itu hak masing2...

Seorang lelaki mungkin mencari pasangan kerana beliau berasa sunyi dan iri hati kerana kawan-kawan lain sudah berpasangan sedangkan dia masih single. Seorang perempuan juga mungkin akan ada perasaan sedemikian tetapi mereka tidak akan mengakunya, sedangkan seorang lelaki berani menyatakannya. 

Seorang lelaki mungkin  akan berusaha untuk mendapatkan cinta seorang gadis, tapi berapa byk ke yang cekal hingga ke saat akhir? Si gadis pula mcm mn? Mampukah mereka cekal, ada yang jwb ya, ada yg jawab tidak....kerana ada yg serius, ada yg inginkan sekadar suka2...sebenarnya, untuk cari lelaki/ perempuan yg betul2 cekal nih dah susah..kalau dah jumpa tu, kenalah hargai...

Seorang lelaki mungkin menyukai seorang perempuan kerana rupa dan begitu juga perempuan. 
Seorang lelaki mungkin menyukai seorang perempuan kerana sifat dan begitu juga perempuan.
tetapi adakah lelaki sama dengan perempuan, suka memilih pasangan yg berharta? tertanya2 jugak, ada ke lelaki camtu?? Kalau ada, dia mmg x layak nk cari cinta sejati... Perempuan pun kalau ada, anda memang xtau apa itu nilai cinta....

Satu jer yg saya rasa seorang perempuan baik xkan buat, iaitu mengadaikan maruahnya untuk mendapatkan cinta dari seorang lelaki yg amat dia cintai. walau sebagaimana agungnya cinta seorang wanita itu, maruah diri tetap diutamakan kerana hyn lelaki yg baik sahaja tau menghargai wanita yg dia betul2 sayang. Wanita baik juga sedar bahawa, lelaki yg berniatkan nafsu terhadap dirinya adalah lelaki yg paling tidak layak menerima cintanya...kerana akhirnya dia akan dikecewakan jua...

Tiba2 jer dtg mood nk tulis camnih~ semua nih x berkaitan dengan siapa2 pun, cuma sekadar pemerhatian saya jer :) yang bawah nih jer kalau berkaitan pun...

saya sayang dia tanpa sebab,  saya xkisah walaupun org cakap dia xde rupa, sbb sy pun bukannya cantik pun, lebih kurang jer pun, saya xkisah walaupun org ckp dia xberharta, sbb saya tau harta boleh dicari, tp hati yg ikhlas tak mampu dibeli, saya xkisah apa kawan2 saya nk cakap tentang dia, asalkan saya tau, dia bukan jenis yang camtu, sy xkisah walaupun kdg2 tu dia nakal, sbb kdg2 kenakalan dia yg buat saya tersenyum tp kdg2 tu buat air mata sy mengalir jugak, tapi semua tu dah lumrah, xde pasangan yang kekal bahagia, kerana tawa dang tangis itulah yg akan membuatkan sesuatu hbgn itu semakin kukuh dan berwarna-warni :)




Sunday, 18 March 2012

~ Cinta ~

Bukan mudah untuk menyukai....
Bukan mudah untuk menyanyangi...

Bukan mudah untuk membuka hati...
Bukan mudah untuk menyintai....

Bukan mudah untuk merindui...
Bukan mudah untuk memiliki...

Bukan mudah untuk ku bina perasaan di hati ini...
Bukan mudah untuk ku jadikan kamu insan penting dalam hidupku...

Bukan mudah untuk ku membiarkan diri ku hidup di dalam bayangan hidupmu,
Bukan mudah untuk ku membiarkan diri ku menjadi milikmu...

Cinta itu perlukan pengorbanan, tanpa air mata, bukan cinta namanya, tapi bercinta bukanlah untuk mengalirkan air mata, kalau sudah tidak mampu meneruskannya lagi..lepaskanlah...hidup pasti akan lebih bermakna :)

 Cinta x semestinya bersama, yg manis kita jadikan kenangan, yg pahit jadikan pengalaman, yg patut gengam kita gengam, yg patut lepaskan kita lepaskn, sesungguhnya hatinya bukan milik kita lagi, antara rela atau tidak kita harus melepaskannya, letakkanlah dia di dunia yg kita pernah berfantasi, terimalah yg lain yg lebih layak, memiliki hati kita 

Monday, 12 March 2012

~ i jz found that I falling in love again~

Setelah seharian pada hari itu, saya mencari keraguan~ adakah diri ini menyayanginya? dan betul2 ke kalai ini saya jatuh cinta lagi? ternyata, saya memang jatuh cinta, tapi mengapa saya ragu-ragu untuk mengakunya?

Bila dia cakap dia nk lepaskan saya kalau saya mampu bahagia, saya rasa sedih dan xsanggup untuk dilepaskan, maksudnya, saya sudah mulai berharap kepada dia agar menjadi yang satu di hati ini...memang saya x nafikan penangan cinta pertama saya amat kuat sekali, tapi insan yang boleh buat saya jatuh cinta sekali lagi ini ternyata hebat..sbb sebelum nih dh 3 org lelaki lain saya hampakan harapan mereka...tetapi untuk dia, saya terima dengan mudahnya...

Erm...tapi sekarang bila saya makin menyayanginya, saya makin takut untuk mengaku di hadapannya kerana saya takut saya akan kehilangannya, dan ketika waktu itu, pasti amat menyedihkan saya...sampai bila saya nak ego dengan diri saya untuk mengaku yang saya dah betul2 sayangkan dia, dan saya amat terharu dengan apa yang dia buat untuk memikat hati sy...

Air matamu, betul2 buat saya terharu...kesungguhanmu betul2 buat hati saya tersentuh...saya minta maaf kerana masih xberani mengaku semua ni di depan kamu...

Tuesday, 14 February 2012

~tHe enD~

Akhirnya~ saya membuat keputusan untuk menerima orang lain dalam hidupku...tak guna aku terus berharap pada kamu yang tak pernah menghargai diriku ini...tidak kisahlah berapa banyak cinta dan kasih sayang telah ku curahkan dalam hubungan yang xpernah kamu pentingkan ini, aku nekad utk melepaskannya~ aku ingin bebaskan diriku daripada dirimu...GOod bYe~ Semoga kamu akan berjumpa dengan seorang gadis yang kamu suka, sayang dan sepadan dengan kamu...

Kepada Bf pertamaku ini, yang aku menerima dirimu, harap kamu akn menyayangi diriku, dan peganglah janji2mu itu ketika kamu sedang memikat diriku ini, hormatlah permintaan diriku ini~ saya akn cuba untuk menyintai dirimu....

Tuesday, 7 February 2012

~Masih miliKmu~

Sudah lama saya tinggalkan blog ini...saya tak tahu sama ada kamu pernah baca atau langsung xpernah buka pun  blog ini...sememangnya saya menulis blog ini khas untuk kamu, tapi saya rasa kamu tidak kisah tentang semua nih kan, sbb saya langsung x penting untuk kamu...

walaupun skrg sudah ada pengantinya, tapi kamu masih tetap kat hati saya, saya cuba untuk melupakan kamu dengan menerima orang lain tapi rupa2nya ia tidak berkesan jugak, saya tidak mampu menipu perasaan saya sendiri walaupun acap kali saya cuba...bila berhadapan denganNYA~ wajah kamu yang muncul di minda saya, kebahagiaan dan kesejahteraan kamu yang menjadi doa pertama saya..

Kenapa??? kenapalah saya terlalu menyayangi kamu sedangkan kamu langsung xpernah menghargai saya??? Benggang dengan diri sendiri, marah dengan kedegilan diri...saya benci diri saya sebab dia terlalu menyayangi diri kamu...
:'(

Sunday, 29 January 2012

~sayAng tapi seMua dah Berakhir~

Hari nih rasanya dh betul2 dapat jawapannya daripada kamu, dan jawapan itu cukup2 memedihkan~ air mata berguguran sambil membaca teks yang kamu hantar...terima kasih kerana sekali lagi membuatkan air mata saya mengalir...

saya cuba tabahkan diri, cekalkan hati untuk menayakan sebabnya, dan jawapan yang kamu berikan ternyata hebat sekali iaitu SAYA BELUM BERSEDIA, erm hebat ya jawapan tu...tp saya xtau sy patut berputus asa ke x, sbb saya tahu hati saya amat menyayangi kamu~ kalau x, sy dah lama lupakan awak..

sampai sekarang belum ada yang mampu membuka pintu hati saya, kerana sudah 4 tahun awk bertakhta dalam hati saya...sampai bila2 pun, kamu tetap pemilik tunggalnya...tapi msg terakhir saya tetap kamu xbalas kan...xperlah...biar kamu terus mengapai cita2 kamu..sy xkan menghalangnya kerana saya tidak ada hak pun utk menghalangnya...

walau mcm mana sayangnya saya pada kamu, kamu tidak pernah sedar kan...wlpn betapa sedihnya, kamu tetap tidak akan peduli kan...jd biarlah sy tanggung semua nih sorang2, terima kasih sbb pernah hadir dlm hidup sy... I Love u...

Saturday, 21 January 2012

~Love u~

semalam tiba-tiba datang gila saya, lawak plak rasanya, camnelah saya boleh hantar message kat dia yang saya rindu dia, xpernah2 dibuat pun sebelum~hahaha, apalah saya nih, mesti dia cuak gila dengan perangai aneh saya malam tadi...tapi nasib baik dia balas jugak even dia xckp rindu kat saya pun, dia msg good nite gak kan...kira oklah tu daripada takde pepe langsung kan :)

nasib baik saya xhantar massage i love u....haha, mesti kecoh kalau saya hantar gitu~ tapi xtau lah, kalau datang gila saya lagi, tersilap hantar gitu kat dia...memang sendiri cari nahas la...hehehe